Followers

Tuesday 15 May 2012

Apabila anda diaibkan.....

Minggu lepas ada kejadian yang kurang best telah berlaku. Hmmm.... tak suka la dengan dia tu!! Seorang wanita yang cantik tapi dikurniakan akal yang pendek. Sape ek? Ada la... 

Apa perasaan anda bila diaibkan menerusi laman sosial? Apa perasaan anda bila orang menuduh anda buat kering jer sedangkan dia tau situasi anda? Apa perasaan anda bila rakan anda menutup periuk nasi anda? Wajarkah anda sound dia atau anda biarkan aje? 

Untuk menangani orang seperti ni memang la tak susah tapi malas nak layan dengan sikapnya yang tak professional tu. Contohnya kalau kita berhutang, kita akan bayar. Jenis yang membayar ni akan bayar tak kira walau apepun situasinya cuma cepat atau lambat la. Kena bersabar la kot sebab perkara yang tak di duga selalu berlaku kan. Orang yang mudah buruk sangka ni tak ke mana pun. Duk la kat takuk tu sebab tu orang dah gi jauh, dia masih di situ. 

Menyentuh soal emosi, sape yang tak sakit hati beb. Kalau tanya dengan orang lain, tentu diaorg bengang kot. Kerek sungguh la dia tu! Malas nak cite banyak2 sebab tak de faedah. 

Jadi, korang jangan jadi camtu ok. Walau apepun rakan anda lakukan, bertindaklah dengan menggunakan akal fikiran yang waras bukan berlandaskan emosi anda. Ada masanya anda terlupa bila anda rasa anda lah yang paling bermasalah sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih teruk. Cuma anda pada ketika ini sama jer seperti mereka yang lain iaitu... sedang bermasalah! 

Saturday 12 May 2012

Aku Sayang Mak...

Selamat Hari Ibu... Emak...

Walau aku tau aku tak dapat luahkan sendiri secara live pada emakku, aku yakin & mengerti bahawa dia tau aku berhajat mengucapkan kepadanya. Itulah emakku... emak yang melahirkan & membesarkan aku. Maafkan aku mak, aku banyak melakukan dosa kepadamu. Aku sendiri telah menjadi seorang ibu maka aku tau pahit getir melahirkan, mendidik & membesarkan amanah Allah S.W.T ini. 

Mak, ketika ini aku sering memikirkanmu. Adakah mak sihat walau ku lihat mak gagah melangkah menghantar anak2ku menunggu bas sekolah. Adakah mak rasa bahagia dikelilingi cucu2mu yang nakal & degil ini? Mak, aku tau aku tak mampu membahagiakanmu. Walau kau dekat tapi aku tak mampu menghampirimu namun mak, aku sentiasa mendoakan agar Allah S.W.T sentiasa melindungimu, memberkatimu & memberi kesihatan yang baik padamu.

Mak, aku tau aku tak mampu membuat mak rasa bahagia. Dulu aku nakal kan mak? Selalu buat mak marah & makan hati dengan sikapku itu, selalu sakitkan hati mak. Tapi kan mak, entah apa yang menyinggung perasaanmu, kita tak bercakap hingga bertahun2. Aku tau mak, hatimu terguris dengan perbuatanku. Aku cuba memulihkan keadaan tapi mak... mak seperti menolak semua usahaku. Setiap kali solat aku memohon kepada Allah, bukakan pintu hatimu mak untuk aku berbaik semula denganmu. Aku rindu nak makan masakan mak, aku rindu dengar mak berceloteh tentang kak long, aku rindu nak dengar mak panggil namaku. 

Mak, jika diizinkan Allah aku ingin memelukmu mak. Moga mak dengar rintihan hatiku. Restuilah aku walau di mana pun aku berada. Halalkan makan minum ku mak... Selamat Hari Ibu.... Aku sayang Mak...


Tuesday 1 May 2012

MARI UPDATE HARI ANDA.....

Wah... dah berapa lama ek tak update blog ni. Dah dekat 3 bulan rupenyer. Buzy sungguh saya sekarang nih! hehehehehe.... Dalam tempoh 3 bulan bertapa tu, terlalu banyak yang saya selesaikan & hadapi. Kadang2 rasa nak pecah kepala gak memikirkannya. Fikir sahaja, jalan penyelesaian belum lagi tiba. Kalau nak cakap pasal merungut, hmmm.. dah berbakul2 dah merungut. Tapi saya kena think positif untuk memastikan segala2nya berjalan dengan lancar.

Eh..eh.. dah 2 hari saya tak sihat tau. Demam & selsema. Nak kata kena hujan, rasanya dah beberapa hari KL tak hujan. Agaknya selsema ni berjangkit dari anak saya yang kecik tu kot. Dia selsema dah dekat seminggu. Ubat pun dah nak abis dah. Cian kat hero korea saya tu....

Sejak akhir2 ni, saya menyibukkan diri dengan rakan lama yang saya jarang2 jumpa. Alhamdulillah, segala berjalan dengan naik sekali. Kami main masak2 di rumahnya dan menghabiskan masa dengan mengimbas kembali zaman2 persekolahan kami. Terasa cam nak sekolah semula! Semasa bersama meraka, saya terkenangkan seorang kawan lain yang dulunya kira baik la dengan saya. Kami seperti terputus kawan akibat hal perniagaan suami masing2. Saya tau yang saya ni bukanlah kawan yg baik & bagus sangat namun bila dia remove saya dari fb saya seperti kecil hati. Tapi tak apalah kan kalau orang tak mahu kawan dengan kita. Saya anggap dia tak kenal saya sepenuhnya. Saya cerminkan diri-sendiri, menilai di mana kekurangan diri... saya percaya sebagai manusia biasa saya tak mampu memuaskan hati semua orang. Biarlah dia cari kawan yang sesuai dengannya. 





Monday 19 March 2012

Kesilapan.....

Assalamualaikum.....

Amboi.. rasanya dah berkurun2 tak jenguk blog ni. Apa cerita terbaru ek? Cerita terbaru tentang hujan yang asyik turun sejak akhir2 ni. Perubahan angin monsun agaknya. Bukan orang jer yang leh berubah hormon, cuaca pun leh tau. Hehehehehehe.....

Minggu lepas adalah hari yang sangat2 stress. Banyak perkara perlu difikirkan, perlu diselesaikan. Nasib baik tak sampai pecah kepala. Kalau tak... entahlah. Hidup ini penuh dengan liku2, penuh ranjau, penuh onak & berduri. Macam2 kita harus tempuhi. Namun ujian dari Allah S.W.T tak pernah melemahkan semangat kita.

Segala kekalutan & ketegangan akhirnya menemui jalan penyelesaian. Walaupun ada kalanya kita rasa perkara tu tak adil kerana berlaku ke atas diri kita yang tidak pernah menyimpang dari jalan, namun kita harus akur pada qada dan qadar. Apa yang berlaku, kita jadikan sebagai suatu teladan. Kita perlu meneliti diri kita sendiri, mengkaji di mana kekurangan dan kesilapan selama hari ni. Kadang2 tanpa kita sedar, kita terus melakukan kesilapan. Orang lain pula tak pernah nak tegur kesilapan tersebut dan akhirnya kita pun terus2an melakukan kesilapan.

Namun saya masih berharap mereka yg ada di sekeliling saya memberi sokongan yg tak berbelah bagi untuk kebaikan saya. Chaiiyok!!

Friday 17 February 2012

Beri Peluang Pada Diri-Sendiri

Hari Jumaat, hari bagi penghulu hari... penuh dengan keyakinan kaki ini melangkah ke pejabat setelah cuti sakit selama 2 hari. Cam malas jer nak gi keje kan? Tapi tak boleh cuti sakit lame2. Kesian kat kawan2 yang kena ganti tugas kita. Walau bagaimanapun, saya sangat merindui tempat saya bekerja. Rindu pada komputer, pen, buku dan lain2. Hehehehe... cam la tak ada benda lain yang saya rindu. Hehehehehe....

2 hari saya ambil cuti sakit kerana cir-bir. Hehehehe.. malu la nak mengaku tapi tak baik tipu kan? I'm very stressful. Ini membuatkan saya mengalami sakit kepala yang berpanjangan selain asyik ke toilet, bila tengok makanan saya rasa nak muntah dan mula hilang selera makan. Salah satu sebab lain adalah hormon tak seimbang. Bila hormon tak stabil, kita akan mengalami perkara2 yang bukan2. Syukur pada Allah, dalam keadaan yang sedemikian saya berjaya melaksanakan apa yang azamkan dalam diri.

Nak tau tak? Rentetan kisah semalam tu, saya merasakan bahawa saya harus lebih bersedia dan kuatkan semangat dalam mengharungi ujian Allah. Kehidupan ini sangat indah, berwarna-warni dan saya akan mencorakkan hidup saya dengan warna yang lebih bermakna. Saya dah tak peduli apa dan siapa yang akan mengata tentang saya. Yang penting kita happy. Eh..eh.. cam lagu Amy Mastura lak kn? 

Saya nak pandang ke depan, sentiasa berfikiran positif dan takkan membenarkan orang lain mengambil kesempatan di atas kekurangan saya. Saya nak beri peluang pada diri-sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru, yang selama ini tak pernah saya fikirkannya. 

Chaiyok..chaiyok... Malaysia boleh! Miss Leo Princess Star pun boleh!!!!!

Wednesday 15 February 2012

Marilah Kita Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Rintik-rintik hujan membasahi bumi Kuala Lumpur. Angin yang bertiup sangat mendinginkan, sedingin hati ini. Bila mendongak ke langit, melihat kebiruan awannya sangat mendamaikan. Rasa tenang... Begitulah indahnya ciptaan Allah S.W.T. Ni gambaran petang tadi la, sekarang ni dah malam. Tak nampak dah. Heheheheh.....

Sejak akhir2 ini, banyak perkara berlaku. Dari kes di serang oleh wanita yang separuh tiang hingga lah ke kes yang memualkan. Tapi saya anggap ini adalah sebahagian dari ujian Allah S.W.T. yang menguji sejauh mana kekuatan dan kecekalan diri saya dalam mengharungi ujianNya. Saya menilai diri saya sendiri, di manakah kekuatan dan kelemahan saya?

Ternyata ada beberapa perkara yang saya tidak sedari. Mungkinkah itu yang menyebabkan orang selalu mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kejujuran saya? Adakah saya harus mengubah sikap saya? Atau saya perlu menjauhi orang seperti ini? Atau saya abaikan sahaja apa yang mereka lakukan? Bila difikir2kan, ianya sangat menyesakkan. Saya tak kata saya ni baik sangat tapi memang baik la kan (heheheh... masuk bakul angkat sendiri lak tuh!). Saya cuba mewujudkan silaturrahim yang baik dengan orang lain. Sayangnya, ada yang tak hargainya. Ok.. tak apalah kalau tak nak hargai. Saya pun tak rugi apa-apa.

Apa akan jadi kalau kita ni susah sangat nak berterus-terang? Boleh ke orang nak memahami kita dengan sikap kita yang suka menyembunyikan sesuatu? Hipokrit? Hhmm.... payah la kan nak cakap kerana saya sedang berdepan dengan orang sebegini. Sebab tu bila saya merujuk kepada serangkap ayat motivasi, bercakap banyak akan menyebabkan kita lebih menipu. Kadang2 kurang bercakap pun tak menjamin yang kita ni tak menipu. Betul tak?

Tepuk dada tanya selera. Hari ini emosi saya bertambah stabil kerana Allah telah membuka satu jalan untuk saya. Saya mula memikirkan sesuatu untuk memulihkan keadaan yang ada. Saya akan berusaha bersungguh2 untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukannya. Doakan yang terbaik untuk saya!  


Monday 6 February 2012

STRESS.... ANDA MAHU LARI ATAU MENYELESAIKANNYA?

Kadang-kala perjalanan hidup ni amat sukar untuk dimengertikan. Kita sering tertanya2, kita ada keluarga yang baik, kawan2 yang baik dan perniagaan yang memuaskan tetapi kita masih diuliti dengan masalah yang memeningkan. 

Sejak akhir2 ini, banyak perkara berlaku. Ianya benar2 menguji tahap kesabaran saya. Orang luar hanya melihat saya seperti orang yang tiada masalah tapi hakikatnya saya dalam MASALAH. Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di hati ni. 

Masalah? Iyer... masalah ini menjerumuskan saya kepada gangguan emosi. Dalam dunia ini, siapa yang tiada masalah? Orang giler kot? Hehehehehe..... Saya percaya bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Apabila kita berada di dalam situasi yang genting, kita harus duduk berbincang, berfikir dan mencari jalan penyelesaiannya.

Adakah lari dari masalah itu dapat menyelesaikan masalah kita? Tidak... tidak sama sekali. Kita harus bijak berfikir dan tidak mengambil jalan mudah dengan melarikan diri. Kalau kita bercakap soal emosi, stress itu merupakan perkara no.1 yang duduk dalam diri anda. 

Saya cuma nak kongsikan satu cerita tentang stress ini. 2 orang kawan saya ni menghadapi masalah besar yang mana memang perlu diselesaikan secepat mungkin. Namun keadaan tidak menyebelahi mereka dan masalah itu semakin membesar. Jalan penyelesaian sudah ada tapi belum sesuai digunakan kerana terpaksa menunggu beberapa ketika. Akibat dari itu, kawan saya yang 1st telah ke suatu tempat dengan tujuan mencari jalan penyelesaian di samping melepaskan tekanan. Sepanjang ketiadaannya, kawan saya no.2 telah melalui tekanan yang hebat secara sendirian. Kawan tadi tidak dapat dihubungi menyebabkan kawan no.2 saya merasa sangat tertekan. Namun Allah masih menyayangi hamba-Nya. Secara tiba2, datang satu peluang yang mampu menyelamatkan keadaan. Perbincangan telah dibuat tanpa kehadiran kawan no.1 kerana dia tak dapat dikesan pada ketika itu. Saya terfikir, adakah ini menandakan kawan no.1 itu melarikan diri daripada berdepan dengan masalah? Tidak dapat dihubungi langsung kerana mendakwa telefonnya hilang malah tak ingat nombor telefon kawan no.2. Saya rasa alasan ini sangat2 bodoh dan tidak boleh diterima akal langsung! Mustahil tak tahu kan?

Selepas kawan no.1 tadi pulang dari melepaskan tekanan, dia masih sukar untuk dihubungi. Selalunya kalau kita telefon dia, dengan pantas dia menjawab telefon. Ini tidak, susah nak jawab telefon dam sms pun jarang2 dibalas. Kawan no.2 terasa sesuatu kerana kawan no.1 seakan tidak peduli dengan usahasama yang mereka jalankan. 

Diringkaskan cerita, kawan no.1 mengakhirinya dengan alasan tidak mampu berdepan dengan masalah lagi. Katanya, dia cuma merealisasikan impian kawan no.2. Hahahahhaa... saya tergelak dalam hati. Merealisasikan impian kawan no.2???? Bukankah beratus hari yang lalu, kawan no.1 ini kata "ini adalah empayar yang dia ingin lakukan bersama dengan kawannya". 

Apa yang berlaku ini telah membuka mata hati saya. Setiap apa yang kita usahakan, mesti ada risikonya, tidak kira besar atau kecil, risiko itu tetap menanti. Namun, kita harus sentiasa berusaha, kuatkan semangat, mesti ada sikap JUJUR, bertoleransi antara satu sama lain dan cekal dalam menjayakannya. Kalau kita tidak tanamkan azam sedemikian, sampai bila2 pun kita masih ditakuk itu.

Kalau kita asyik berkata ini bukan 'line' kita, sampai bila kita nak berjaya? Dapatkah kita  mengubah nasib diri? Kita harus mencabar diri kita untuk mencuba sesuatu yang baru dan berkemungkinan pada ketika itu kita akan tahu kemampuan diri yang sebenar. Tepuk dada tanya selera. 

Kita kena ingat sejauh mana pun kita menipu, suatu hari nanti akan terbongkar jua. Tapi saya dah nampak sedikit pembohongan itu.... They hiding for something...