Followers

Saturday 12 May 2012

Aku Sayang Mak...

Selamat Hari Ibu... Emak...

Walau aku tau aku tak dapat luahkan sendiri secara live pada emakku, aku yakin & mengerti bahawa dia tau aku berhajat mengucapkan kepadanya. Itulah emakku... emak yang melahirkan & membesarkan aku. Maafkan aku mak, aku banyak melakukan dosa kepadamu. Aku sendiri telah menjadi seorang ibu maka aku tau pahit getir melahirkan, mendidik & membesarkan amanah Allah S.W.T ini. 

Mak, ketika ini aku sering memikirkanmu. Adakah mak sihat walau ku lihat mak gagah melangkah menghantar anak2ku menunggu bas sekolah. Adakah mak rasa bahagia dikelilingi cucu2mu yang nakal & degil ini? Mak, aku tau aku tak mampu membahagiakanmu. Walau kau dekat tapi aku tak mampu menghampirimu namun mak, aku sentiasa mendoakan agar Allah S.W.T sentiasa melindungimu, memberkatimu & memberi kesihatan yang baik padamu.

Mak, aku tau aku tak mampu membuat mak rasa bahagia. Dulu aku nakal kan mak? Selalu buat mak marah & makan hati dengan sikapku itu, selalu sakitkan hati mak. Tapi kan mak, entah apa yang menyinggung perasaanmu, kita tak bercakap hingga bertahun2. Aku tau mak, hatimu terguris dengan perbuatanku. Aku cuba memulihkan keadaan tapi mak... mak seperti menolak semua usahaku. Setiap kali solat aku memohon kepada Allah, bukakan pintu hatimu mak untuk aku berbaik semula denganmu. Aku rindu nak makan masakan mak, aku rindu dengar mak berceloteh tentang kak long, aku rindu nak dengar mak panggil namaku. 

Mak, jika diizinkan Allah aku ingin memelukmu mak. Moga mak dengar rintihan hatiku. Restuilah aku walau di mana pun aku berada. Halalkan makan minum ku mak... Selamat Hari Ibu.... Aku sayang Mak...


No comments:

Post a Comment