Followers

Monday 6 February 2012

STRESS.... ANDA MAHU LARI ATAU MENYELESAIKANNYA?

Kadang-kala perjalanan hidup ni amat sukar untuk dimengertikan. Kita sering tertanya2, kita ada keluarga yang baik, kawan2 yang baik dan perniagaan yang memuaskan tetapi kita masih diuliti dengan masalah yang memeningkan. 

Sejak akhir2 ini, banyak perkara berlaku. Ianya benar2 menguji tahap kesabaran saya. Orang luar hanya melihat saya seperti orang yang tiada masalah tapi hakikatnya saya dalam MASALAH. Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di hati ni. 

Masalah? Iyer... masalah ini menjerumuskan saya kepada gangguan emosi. Dalam dunia ini, siapa yang tiada masalah? Orang giler kot? Hehehehehe..... Saya percaya bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Apabila kita berada di dalam situasi yang genting, kita harus duduk berbincang, berfikir dan mencari jalan penyelesaiannya.

Adakah lari dari masalah itu dapat menyelesaikan masalah kita? Tidak... tidak sama sekali. Kita harus bijak berfikir dan tidak mengambil jalan mudah dengan melarikan diri. Kalau kita bercakap soal emosi, stress itu merupakan perkara no.1 yang duduk dalam diri anda. 

Saya cuma nak kongsikan satu cerita tentang stress ini. 2 orang kawan saya ni menghadapi masalah besar yang mana memang perlu diselesaikan secepat mungkin. Namun keadaan tidak menyebelahi mereka dan masalah itu semakin membesar. Jalan penyelesaian sudah ada tapi belum sesuai digunakan kerana terpaksa menunggu beberapa ketika. Akibat dari itu, kawan saya yang 1st telah ke suatu tempat dengan tujuan mencari jalan penyelesaian di samping melepaskan tekanan. Sepanjang ketiadaannya, kawan saya no.2 telah melalui tekanan yang hebat secara sendirian. Kawan tadi tidak dapat dihubungi menyebabkan kawan no.2 saya merasa sangat tertekan. Namun Allah masih menyayangi hamba-Nya. Secara tiba2, datang satu peluang yang mampu menyelamatkan keadaan. Perbincangan telah dibuat tanpa kehadiran kawan no.1 kerana dia tak dapat dikesan pada ketika itu. Saya terfikir, adakah ini menandakan kawan no.1 itu melarikan diri daripada berdepan dengan masalah? Tidak dapat dihubungi langsung kerana mendakwa telefonnya hilang malah tak ingat nombor telefon kawan no.2. Saya rasa alasan ini sangat2 bodoh dan tidak boleh diterima akal langsung! Mustahil tak tahu kan?

Selepas kawan no.1 tadi pulang dari melepaskan tekanan, dia masih sukar untuk dihubungi. Selalunya kalau kita telefon dia, dengan pantas dia menjawab telefon. Ini tidak, susah nak jawab telefon dam sms pun jarang2 dibalas. Kawan no.2 terasa sesuatu kerana kawan no.1 seakan tidak peduli dengan usahasama yang mereka jalankan. 

Diringkaskan cerita, kawan no.1 mengakhirinya dengan alasan tidak mampu berdepan dengan masalah lagi. Katanya, dia cuma merealisasikan impian kawan no.2. Hahahahhaa... saya tergelak dalam hati. Merealisasikan impian kawan no.2???? Bukankah beratus hari yang lalu, kawan no.1 ini kata "ini adalah empayar yang dia ingin lakukan bersama dengan kawannya". 

Apa yang berlaku ini telah membuka mata hati saya. Setiap apa yang kita usahakan, mesti ada risikonya, tidak kira besar atau kecil, risiko itu tetap menanti. Namun, kita harus sentiasa berusaha, kuatkan semangat, mesti ada sikap JUJUR, bertoleransi antara satu sama lain dan cekal dalam menjayakannya. Kalau kita tidak tanamkan azam sedemikian, sampai bila2 pun kita masih ditakuk itu.

Kalau kita asyik berkata ini bukan 'line' kita, sampai bila kita nak berjaya? Dapatkah kita  mengubah nasib diri? Kita harus mencabar diri kita untuk mencuba sesuatu yang baru dan berkemungkinan pada ketika itu kita akan tahu kemampuan diri yang sebenar. Tepuk dada tanya selera. 

Kita kena ingat sejauh mana pun kita menipu, suatu hari nanti akan terbongkar jua. Tapi saya dah nampak sedikit pembohongan itu.... They hiding for something...

No comments:

Post a Comment